Rabu, 12 September 2018

REVIEW : Jamu Manjakani By AzieWanie





Aku start guna jamu ni sejak terpengaruh dengan kakak aku yang jadi masa tu jadi agen Jamu Manjakani ni. Sebelum ni,memang takut sikit la nak try yang mana-mana pun. Bukan apa,takut nanti tak sesuai dengan badan sendiri. Tapi setelah mencuba.,eh rasa menyesal pulekkk tak try awal-awal dulu.hahaha


Produk ini produk Muslim keluaran bumiputera yang dihasilkan menggunakan konsep "HomeMade" dan 100% menggunakan Manjakani Asli bergred A sahaja tau.

Now, Taraa...Jamu Manjakani AzieWanie dah keluar packaging baru. Yang mana sebelum ni jamu ni belum menjalani ujian makmal kini terbukti selamat digunakan setelah menjalani ujian tersebut.


Foto Azhirah Md Shahid.
Siap dah letak Nutrition Facts


Tambahan pula, antara kandungan yang terdapat dalam jamu ini ialah serbuk manjakani semata-mata dan tiada campuran lain.



Penggunaan jamu bukan sahaja untuk golongan wanita yang sudah berkahwin tetapi untuk anak dara amatlah patut digalakkan sangat-sangat tapi make sure korang kena minum air banyak banyak time ambil jamu . Ini disebabkan badan kita berada dalam sangat panas pada waktu itu .So, korang kalau berminat, pm tepi meh!

Selasa, 31 Oktober 2017

TIPS HILANG SAKIT SENGGUGUT KETIKA PERIOD

Salam semuanya .Apa khabar hari ini?Semoga urusan semua dipermudahkan

kembali laginya aku ingin berkongsi satu rahsia yang aku dapat secara tak sengaja insiden ni


Masa aku student KUIM ada la sekali tu terkena senggugut dengan hari first masa tu dengan kawan ajak p iftar kat luar sebab dia puasa sunat. Dah ajak makan ingat berdua ja rupanya ada lagi diajaknya kira ramai la dalam 6-7 orang ,aku pun follow ja la walaupun sebenarnya kalau ikut hati aku meronta ronta nak balik sebab perubahan mood kot .Kebiasaan aku kalau period hari pertama selalu berkurung dalam bilik ja sebab menahan maha dahsyatnya sakit senggugut tu..Berguling bergulung bergolek toink toink toink toink semua ada la..


Bila datang nak mengorder pun kadang masalah wei.. Sebab apa?..Walaupun dah ada menu yang dibagi pun still tak boleh buat pilihan..RUMIT wei jadi girl ni haha....Last choice kalau tak tahu nak makan sangat aku akan order koew teow tom yam dan aku mintak suggestion dari kak waiter tu apa boleh minum untuk kurangkan rasa sakit senggugut ni..Tak lama lepas tu dia suggest air HALIA SUSU SUAM ..Aku pun follow je la dengan harapan boleh kurangkan rasa sakit tu..


First aku rasa halia susu ni no bad la sebab aku bukanla susu lover sangat ..Rasa panas badan ni siap berpeluh2 bagai mungkin minum dengan halia ni dia keluarkan balik haba dalam badan kita. Itu la first time aku cuba minum berasaskan halia,kalau nak minum halia saja jawabnya pedih habis bibir nanti.


Setelah sekian lama, beberapa tahun aku google khasiat halia rupa-rupanya banyak betul khasiat antaranya:


1) Mampu memerahkan bibir yang pucat

2) Mampu membuang angin & toksin dalam badan
3) Melansingkan badan 
4) Pencegahan untuk demam dan selesema
5) Mencegah kanser
6) Menghilangkan rasa mual ketika morning sickness


Ini contoh halia susu yang aku minum tu
Kredit photo: https://www.burpple.com/f/5Wq4iiq_




Setelah sekian lama mengamalkan Halia Susu, aku pun dah hilang sakit senggugut. Cuma kadang2 kadang sahaja rasa senggugut tu kembali .Itupun tak lama lepas tu hilang. Dan aku tak perlu dah nak tergolek berguling sana sini kalau period masa hari pertama.

Sekarang aku masih lagi mengamalkan halia susu untuk menghilangkan rasa perut kembung/berangin ja. Selalu aku buat sendiri la tak order2 kt kedai dah hehe...

Selalunya bahan aku letak:

1 sudu susu manis anggaran  (kalau nak letak susu kotak pun boleh)

3-4 inchi halia 

1 cawan air panas


Cara-cara pembuatan:

1. Tumbuk halia yang telah dipotong tapi jangan sampai lumat

2. Kemudian , masukkan halia ke dalam air yang sedang panas 

3. Masukkan susu manis ke dalam cawan
4. Kacau kesemua bahan tersebut
5. Tunggu sebentar sehingga air halia susu menjadi suam
6. Boleh minum... jgn lupa niat nak sembuh yaa...

SENANG kan? Hanya mengambil masa kurang 10 minit. Hampa cuba la ya!

Ahad, 15 Oktober 2017

ENTRY 1ST OKTOBER 2017

Salam seantero dunia....Hi hampa sekalian...!

Pertama nya ni baru intro dari aku untuk menghasilkan blog sendiri. Dah lama sebenarnya nak buat blog sendiri tapi disebabkan kekangan dari atas bawah kiri kanan so terpaksa postpone la dulu. 



Dulu ada sekali masa study subjek Komunikasi Perniagaan di Kolej Universiti Islam Melaka, ada sekali pensyarah minta kami para pelajar ni buat blog ala2 macam kita dah ada bisnes sendiri dah masa tu cuma perlu menghasilkan blog . Sat sangat kena buat dia nak tengok pada minat kita masa tu sama ada suka atau tidak buat perniagaan melalui blog.. 

So pada masa yang ada sebelum menghasilkan blog ini ,aku pun try la refresh balik blog, nampaknya harapan tinggal harapan..Dah tak ingat emel yang digunakan untuk blog tu. So dari situlah terhasilnya satu blog baru ini. 


Aku sebenarnya masih newbie dalam blog ni, masih belajar mcm mna menghasilkan blog yang mampu menarik menarik ouls yang sudi membaca coretan aku ini. 



Aku hargainya. Terima kasih semuanya! Maaf sgt belum cukup sempurna lagi pembikinan blog ni kira di bawah under maintanance lagi yer

So, intro ni aku coret sedikit dulu sebagai intro serba sedikit pasal blog ni.


Jumpa lagi yok!💀